Trip to South Korea Part II

 Assalamualaikum.


In this entry, I’ll be sharing a simple itinerary covering Day 3 until Day 5 of our trip. Please click here for Day 1 and Day 2 Itinerary. So, here we go! 

Day 3.

  • Gangchon Rail Bike
  • Nami Island
  • Itaewon
  • Eid Halal Restaurant, Itaewon
Day 4 
  • Gwanghwamun Square
  • Starfield Library, Coex Mall
  • Kervan Restaurant
  • Yang Good BBQ Restaurant, Gangnam 
Day 5
  • Flight back to Malaysia

Mari kita sambung.


Good morning! This is my breakfast.

Aktiviti untuk day 3 ni adalah bersama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Kitaorang pergi Nami Island. Macam biasa, mini bus pick  up kitaorang dekat hotel. At 8:00 AM bas dah terpacak depan hotel. First destination was Gangchon Rail Bike. Ticket beli dekat Klook Apps. Ni kan DIY trip, sepanjang trip ni kitaorang just hire driver je untuk bawak kitaorang ke mana mana. Means, tempat yang jauh and susah nak reach by train, memang booking private transport je. Untuk contact private transport, korang boleh refer post Trip South Korea Part I ye. Segala ticket bagai, memang beli sendiri je. Shout out to Phoebe, my ex colleague for helping me to manage this trip. Lepas settle Gangchon Rail Bike, kitaorang tunggu ahjusshi datang pick up untuk ke Nami Island pulak. Masa tu memang freezing cold sebab tiba-tiba temperature drop sampai 5°C, and to make it worse, hujan pulak turun. Bayangkan sejuk dia! We were not really prepared for that kind of weather, ingatkan tak sejuk sangat since it was already end of winter. But seriously never underestimate Korea’s weather!

Waiting area, sebelum Rail Bike ready.

Husband beli hot latte untuk panaskan badan katanya haha

Masa ni masing-masing dah freezing, tengoklah hidung tu lol

Sejuk yang berangin ni boleh buat beku ya.

Time ni kayuh rail bike cepat cepat sebab tak tahan sejukkk

Waterfall dekat belakang pun beku.

Nampak tak winter jacket i tu macam basah? Sebab dah start hujan. Grrrr sejuk.


Hot latte kat tangan dah jadi cold latte dah hahahah

Next : Ferry ride to Nami Island




Untuk first time, okay la kalau nak pergi sini sebagai tanda pernah jejak hahaha. But if next time, maybe i will skip this. Personally, tempatnya biasa je. 

Nasib baik ada halal restaurant dalam Nami Island. Nama kedai : Asian Cuisine


Izinkan kami berhindustan lagi hahaha

Fefeeling Winter Sonata lol.

Dalam 4:00PM macam tu dah bergerak balik ke Seoul. Honestly, kalau korang plan nak pergi Nami Island, better spare one full day kat sana sebab perjalanan dia memang agak panjang. Sampai hotel lebih kurang dalam 5:30PM, kitaorang pun rehat kejap, mandi-mandi, recharge sikit tenaga. Then by 7PM, dah keluar semula untuk dinner time! 

Malam tu kitaorang decided untuk pergi Itaewon lagi sekali sebab kat area ni memang port halal food yang senang nak cari. That night, we had our dinner at Eid Restaurant, one of the famous halal spots in Seoul. Dah berapa malam dekat Korea ni, I swear semua makanan dia sedap gila and totally kena dengan tekak. Even travel food yang kitaorang bawak dari Malaysia tu tak terusik langsung.

Depan hotel pun jadi.

Took subway from City Hall Station to Itaewon Station.

Tak ingat nama menu ni. 

Freezing cold!

Look at the weather temperature. Grrr. 

Esoknya, lepas breakfast kat nearby hotel cafe, kitaorang terus naik subway menuju ke Gwanghwamun Square (betul kan ejaan dia? Hahaha). Kat area tu memang banyak kedai hanbok rental, so plan hari ni memang nak pakai traditional hanbok dan ambil gambar ala-ala historical drama vibes. 

Tapi serius weh, ambil gambar pun kelam kabut sebab terlalu sejuk! Bayangkan, bangun pagi tengok temperature terus drop to -2°C. Gila beku! Tangan pun rasa macam tak boleh nak tekan button kamera dah hahaha. Lepas dah pulangkan hanbok, petang tu kitaorang ambil train ke Gangnam sebab nak ke Starfield Library, the super famous library yang selalu muncul dalam drama Korea tu. Tapi honestly, pergi sana bukan nak baca buku pun just nak ambil the vibe and pictures for memory hahaha. The library located inside COEX Mall, one of the biggest mall in Seoul katanya. And kitaorang lunch dalam mall tu jugak, ada satu turkish restaurant called Kervan Restaurant. It’s a Turkish restaurant, and seriously the food was so good! Portion besar, rasa authentic, and service pun tip-top, memang worth the stop before sambung jalan-jalan dalam mall. 

Then at night, kitaorang plan nak try Korean BBQ sebab asyik tengok dalam K-drama je kan, so kali ni mesti nak rasa sendiri the real deal! That night, we went for dinner at Yang Good BBQ Restaurant, one of the popular halal BBQ spots in Seoul. And seriously, it was so worth it!


Ready for second last day!

Salam -2 temperature. 

But i love the clear blue sky on that day :) Walaupun suhu dah negative errr

Gambar auto cantik bila nice clear blue sky ni.

Nampak macam dekat New York pun ada gambar ni. Lahhh. 

Breakfast fish soup.

Jalan-jalan sekitar hotel.

Jalan lagi...

Sukanyaaaaaaa :)

Dah sampai Gwanghwamun Square

Hello oppa zaman Joseon.

Gwanghwamun Square.

I pilih hanbok white + beige sebab tudung warna beige. Hehehe. Nak matching dengan tudung punya pasal, outfit laki ku lantakkan aje.

Lunch at Kervan Restaurant

Oh macam ni rupanya bila depan mata haahha

ececehhh dua orang ni, gedik hahah

Our dinner here. 

Not really into this sebab i makan chicken and lamb only. Tapi sebab nak vibe, okay lah. Nasib ada lamb jugak. Hahaha

Rindu nak makan macam ni lagi, tapi nak dekat Korea. Boleh tak husband? Hehehe

Kenyangggggg. Alhamdulillah.


Hari terakhir dekat Korea, memang tak sempat buat apa pun. Just packing barang and make sure semua souvenirs, skincare, and snacks dah selamat masuk dalam luggage hahaha. Penting tu ya. Kitaorang check out hotel seawal 4:00 AM, sebab flight balik Malaysia pukul 7:00 AM. Masa tu memang still gelap and sejuk gila kat luar, rasa macam tak ready nak tinggalkan Korea lagi. 

Sampai Incheon Airport, terus drop luggage, settle check-in, and cari hot coffee sebab semua masih mamai. Rasa sekejap sangat masa berlalu, but so many memories made!




 And just like thatgoodbye Seoul, till we meet again!





















































































No comments:

Post a Comment