Assalamualaikum.
Mind you. This post might be a very long paragraph since I tengah banyak idea nak bercerita. And this is also a throwback story. Take note ye guys. Jadinya, rentetan dari trip Bali, otak automatik masuk mode “So what’s
next?”
Tapi sebab husband jenis susah nak cuti, so kita plan yang logik-logik je lah.
Target trip paling koman pun 5 hari, supaya encik-encik suami boleh apply cuti
dengan aman. Dengan semangat berkobar-kobar, lalu I bukak laptop.
"Click Microsoft Excel"
- Chiang Mai, Thailand
- Bangkok - Khaoyai, Thailand
- Hanoi- Sapa, Vietnam
- Medan, Indonesia
- Yogyakarta, Indonesia
Apelagi guys, gigih study Chiang Mai ni dari A to Z. Sekali terjumpa
satu homestay ni MASYALLAH LAWA GILA!. Tanpa berlengah, I terus forward
gambar kat Nyna.
"WE
STAY HERE. JANUARY LET’S GOOOO!"
Nyna pun
bagi respons,
"Ni
confirm jalan hauk ni..."
Takpe, kita kan adventurous gurl. Fast forward, hujung Disember 2022...
"Nyna, Ell dah dapat confirmation booking homestay lawaaa tu wehhh!"
And just like that, the trip is ON! Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, kitaorang tak beli ticket flight pun lagi masa tu. Terpaling yakin terus book homestay dulu. Jadinya, tujuan utama nak pegi Chiang Mai semata nak stay situ je. So, bila dah ada watak utama, baru lah plan yang lain akan menyusul.
Yang kitaorang dua ni dah excited plan itu ini tetiba husband dua dua tak dapat follow trip ni. Geram betol. Memula kitaorang post dekat IG story, cari travel buddies untuk replace suami kitaorang pasal homestay dah booking dua bilikkkkkk -__-
Tapi tulah, yakin sangat pegi booking homestay tu dulu kan. Pastu igstory cari travel buddies tu kitaorang delete balik ahahaha sebab risau dapat jenis yang tak boleh ngam. Sebab nak travel ni, kena cari yang sekepala supaya tidak ada drama di kemudian hari.
Sudahnya? Kita redhoooo. Proceed trip berdua je dengan Nyna. Trip ni 5 hari 4 malam je. Tiap hari tukar-tukar hotel, letih jugaklah tapi masih enjoy hahaha. Bila tengah typing ni terus terflash back moment dari airport sampailah dekat Chiang Mai. Satu perasaan yang sangat susah nak describe. Happy, tenang, and rasa macam tengah duduk dalam satu bubble and lupa sekejap hiruk pikuk dunia luar. Kalau lah ada orang tanya, apa perkara yang buat you happy? I akan jawab travel. Sebab perasaan extraordinary ni akan muncul bila nak travel je. Hehehe
Ok back to the story, sesampai je airport mood haruslah bertukar excited walaupun face reaction nampak relax dan tenang. Padahal dalam hati melonjak keriangan kahkah. Sampai je airport, settlekan check in luggage, breakfast, and terus masuk boarding gate.
Anyway, untuk pengetahuan umum, sebenarnya I ada trauma bila naik flight. Lagi lagi bila flight tengah turbulance aaaaa tak suka. I ada pengalaman turbulance yang sangat teruk masa fly pegi Phu Quoc Island. The plane was super bumpy, keep going up and down, left and right and part paling intense bila dapat rasa flight tu macam tengah menjunam and bunyi kapal struggle nak naik balik. Gegaran beranggaran 4.1 scala ritcher over tak hahaha, memang melambung lambung dalam flight. And nak tahu tak, satu flight menjerittttt. Memang pikir mati jelah masa tu, berzikir non stop. I sumpah takde rasa excited bila dah landing Phu Quoc Island tu. That was my worst and scary experience ever. Tapi, tetaplah travel sana sini selepas kejadian tu. Tak serik!
Weyy panjang pulak mukadimah aku. Sorry. Kat mana kita tadi? Oh okay sambung. Selesai landed Chiang Mai International Airport, collect luggage, driver dah tunggu depan entrance door. For airport transfer, kitaorang book dekat Klook. I book sedan car, yang datangnya van persiaran bhahaha. Apa apa jelah, janji selesa dan selamat sampai ke hotel. Day 1 punya plan just follow the flow. Takde actual plan pun. So santai-santai je. Hotel yang I book ni murah gila (RM70/night) and hotel bersih dan cantik. Nama hotel ni LOyy Hotel. I pilih stay kat hotel ni sebab dekat nak ke Chiang Mai Night market. Jalan kaki je dah sampai. And walking distance to halal restaurant jugak. So, jimat masa dekat situ, tak perlu book grab untuk pergi makan-makan tempat jauh. I tak suka bazir masa hanya dalam kereta nak pergi jauh-jauh unless tempat tu worth to go. Kalau setakat makan, i prefer yang dekat and senang nak cari.
Menunggu luggage keluar. Airportnya kecik je, lebih kurang macam Airport Penang. Senang, tak perlu berjalan jauh untuk collect luggage.
Khao Soi Noodles. Sedapp jugak! Rasa creamy and rich with flavour. Rasa macam Mamee Chef perisa lontong tu pun ada jugak hahaha
Chiang Mai City. Tak sure belah mana dia punya mall sebab tak explore pun mall kat sini. Sebab tujuan asal nak nature trip gittew hiks

No comments:
Post a Comment