Assalamualaikum.
Terbang lagi yahooooo!
Nak tahu tak, trip Singapore ni adalah berlaku pada 3rd August 2023. But actually flight ticket beli sebelum pergi trip Chiang Mai lagi. Hahahaha. Our Chiang Mai trip was on February 2023. Trip Singapore ni terjadi sebab masa tu ada promo fare flight Jetstar RM68 only one way. Apa lagi, sambar jelah. The main highlight of our trip was definitely spending the day at Universal Studios Singapore.
This trip just 3 days 2 nights in Singapore and sambung tidur one night in Johor. Pastu macam biasa, di sebabkan short trip je, kitaorang takde la plan itinerary beriya. As usual, just follow the flow. Keluar immigration, terus naik shuttle bus ke Terminal 4 sebab nak pergi Jewel Changi Airport yang famous tu. Honestly, tempat ni memang cantik gila! The architecture, the vibes, everything looks so modern and clean. Kitaorang sampai awal pagi kan, so tunggu Rain Vortex tu start around 11AM. Ramai betul yang menunggu rain vortex masa ni.
For me, the excitement of every trip starts the moment I'm in the airport! :D
Walaupun pergi Singapore je, excited tu haruslah wajibul ghunnah. Kita memang suka travel wakkk, pergi memana pun memang akan excited sentiasa hahaha
Excited makin intense bila anda sudah berada di sini. Hahahaha
Usual suspect.

Landed!Malaysian boleh guna automated Immigration Lane ni. Tapi I kalau boleh nak cop tu huaaaaa.
Begini rupanya depan mata..
Jenuh nak bergambar kat sini sebab ramai orang. Tu pun ada nampak sikit tangan orang sebelah eeeeee bencik.
Lepas tu, kitaorang terus gerak ke hotel. From Changi Airport, naik MRT terus ke Chinatown. The journey took around 45 minutes, and MRT dia memang super clean and punctual. Our hotel dekat Chinatown, just 5 minutes walk from the MRT station, so memang senang sangat nak gerak ke mana-mana. Kat Singapore ni, public transport is the cheapest way to get around. Yang lain lain tu crazy expensive.
From MRT Changi Airport stop at Expo Station (Change to Blue Line). And from Expo Station direct to MRT Chinatown.
Keluar je dari MRT Chinatown, terus jalan kaki menuju ke hotel.

Taraaa! Dah sampai hotel. Kitaorang stay Hotel Calmo Chinatown. Hotel budget je guys. Tapi harga dia sama macam kau stay hotel 4 bintang di KL.
Lepas check-in, kitaorang rehat kejap before keluar. Untuk hari pertama ni, kitaorang nak main Sky Luge Singapore! Tiket beli siap-siap dekat Klook app, around RM114 untuk 4 rounds. Senang beli online, tak payah queue panjang. Nak ke sana kena tukar beberapa train, start dari MRT Chinatown (If you stay dekat area Chinatown lah), stop dekat HarbourFront Station, lepas tu interchange ke Sentosa Express Monorail Line (VivoCity Station). Dari VivoCity Station, turun dekat Beach Station, and that’s where Sky Luge Singapore is located. Faham semua? Okay good.
Ni line monorail.
Masa pergi sini, dekat Malaysia belum wujud Sky Luge. Now dah ada dekat area Gamuda Cove.
Seronok masa ni macam kanak-kanak riang kitaorang hahaha
Untuk orang gayat, you might not enjoy this Skyline Luge. But i sukaaaaaa! Repeat naik banyak kali pun sanggup hehehe
Pastu sebelah malam, kita ke Garden By The Bay.
Ika, Nyna, Ellia :)
RIP kaki ku. Almost 20k steps hahaha
DAY 2.
This is highlight of the day. We are going to Universal Studio Singapore, yeayyy! Kitaorang ni sejenis asal boleh. Breakfast on the go pun okay. Tak terlalu particular sangat dengan breakfast. So pagi-pagi lagi kitaorang dah bergerak ke USS. Cara nak pergi USS from MRT Chinatown senang je. Sama flow macam nak ke Sky Luge tu, cuma kalau nak ke USS, korang kena stop dekat Resort World Station okay. Entrace ticket pun sama juga, beli dekat klook. That time harga RM283 for one day admission ticket. Okay let's go gais!
USS open at 10:00AM tapi pukul 8:30AM kitaorang dah terpacak duduk depan gate.
It's a must spot photo kat sini kan? Hehehe
Okay. Ni nak cerita satu benda menarik yang terjadi dekat USS. Waktu kitaorang duduk depan gate USS tu, tetiba ada one chinese guy ni pun buat benda sama macam kitaorang hahaha. Dia pun duduk menunggu depan gate USS tu jugak hahaha. And kitaorang pun sembang sembang la kan and end up rupanya dia staff USS, cumanya dia off day on that day. Dia datang USS pun sebab nak bawak kawan dia main dalam tu. And nak kata punya la rezeki kitaorang kan, dia offer kitaorang guna staff pass dia. Means, kitaorang boleh masuk express lane with his staff ID. OH MY GOD. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah :'(((((
Selamat duit ku. Hahaha. Sebabnya kitaorang hampir nak beli express pass tau tak dengan harganya RM250 with 1 single time Express Pass. Kiranya ni harga add-on after kita beli one day pass entrance ticket tu.
TAPI KORANG, SABAR JAP. REZEKI KAMI BUKAN TERHENTI DI SITU SAJA!!
Kitaorang dapat hadiah misteri dari USS!!!! Nak tahu apa?
Kitaorang dapat Express Lane Pass not only one but 5 Express Pass Ticket!! So, RM250 x 5 = RM1250 masyaAllah jimat banyak duit kitaorang 😭😭😭😭😭😭😭
Nak tahu macam mana kitaorang dapat Express Pass? Kan tadi i cakap kitaorang antara yang pertama beratur depan
gate USS tu. Punyalah semangat, rasa macam nak sprint masuk dulu, LOL. Kitaorang
siap study awal-awal dekat map USS, dah plan siap-siap nak terus ke mana dulu
bila gate buka. Biasanya yang queue panjang gila tu dekat roller coaster,
Revenge of The Mummy, Transformers, and Jurassic Park. Sebab tu pukul 8:30 pagi
lagi kitaorang dah terpacak depan gate, bersemangat waja.
And then, tak sangka pulak masa gate nak buka tu, tiba-tiba
keluar satu mascot datang mintak kita semua bersorak sebelum gate officially
open. So kitaorang ni pun semangat la menjerit sama-sama, bagi support konon. Sekali…
mascot tu datang dekat kitaorang and bagi mystery gift! MasyaAllah, ampun la ya
kalau ada siapa-siapa nampak muka aku masa tu, terkinja-kinja melompat sebab
terlalu excited hahaha. Rasa macam budak dapat ais krim free! HAHAHAHA But worth it la kan, tak sia sia menjerit macam orang tak betul. Alhamdulillah, rezeki betul waktu tu. Tapi, kitaorang simpan dulu express pass tu sebab nak guna express pass dari staff USS tu hehehe.

Muka bangga tak perlu queue hahaha

Roller coaster ride ni pun panjang jugak queue, tapi i guna staff ID tu hehehe.
Repeat naik roller coaster banyak kali hehehe
Bag yang korang bawak boleh letak dalam locker. FREE around 20mins. For me, dah okay sangat free 20min tu sebab korang akan move around. So after settle main, boleh letak bag dekat locker lain pulak.
Jurassic Park pun best tapi queue pun panjang gila. I rasa kat sini takde express lane. Ada certain ride tak boleh guna express lane. So we queue dalam 30 minit jugak.
Dalam Jurassic Park, kita akan naik benda ni. Seronok gila sebab kita akan merentangi macam hutan yang dalam sungai pastu ada banyak dinosaur. Kids sure will love it!
Wajib pakai raincoat sebab dalam Jurassic Park tu nanti ada air yang akan simbah korang hahaha. TIPS : Sila beli raincoat siap-siap dekat Mr. DIY. Baru RM2.50 je. Kalau beli dalam USS dalam RM16 kot.
Lepas keletihan dan berlecak, beli coconut drink ni. Harga 7SGD = RM24 hmmmmm..
Berjalan menuju ke surau. Dalam USS ada surau tau, berdekatan dengan Battlestar Galactica or between Egypt World. Takpun download je USS apps. Dalam apss tu boleh refer map dia.
Korang download app ni tau.
Settle solat, kita sambung kat sini. Aaaaaa dream come true! Masa kecik-kecik berangan nak pergi castle macam ni. Dulu kan terpengaruh tengok cite disney. Hehehe
Masa nak main sini, dekat screen ada tulis waiting time dia 80 min. Kitaorang pun masuk je sebab nak guna express pass. Tapi masa tu express lane macam panjang jugak. Tapi rezeki kitaorang entah ke berapa kali, staff kat situ panggil orang yang bertiga. So kitaorang la yang bertiga tu. Terus dapat masuk main paling depan sekali hahaha. And dia tak scan pun express pass kitaorang.
Murah rezeki kita bertiga haritu ya hehehe Alhamdulilah :)
Ada banyak sebenarnya kitaorang main, tapi bila dah ke sebelah petang, muka semua tak larat sebab cuaca panas time tu. Plus tak banyak ambil gambar sangat sebab phone most of the time simpan dalam locker.
By the time 3PM kitaorang dah habis main semua benda siap repeat naik roller coaster. Memandangkan ada balance lagi 3 express pass yang tak guna, kitaorang bagi je dekat mana mana stranger yang ada kat situ. Semua memang dah puas hati sangat dah main dalam tu. Then before balik hotel, singgah makan siap-siap. Day two ni memang spend almost whole day dalam USS.
Total semua 99 SGD equal to RM319
Pastu nak balik hotel dah penat nak jalan kaki. Kitaorang book je Grab. Padahal tak sampai 10 minit pun dari kedai makan ke hotel. Lantak je la sebab aku dah penat. Hahahahah
Ingatkan dah penat, taknak keluar bilik dah. Lahhhhh....
Letak bag terus keluar jalan-jalan area Chinatown ni.
Day 3
Bangun pagi, check out hotel untuk pulang ke Malaysia hehe. Tetiba jadi macam tak sabar nak balik Malaysia. Pagi tu breakfast dulu dekat Kedai Hj. Maimunah. Pastu terus naik bas ke Woodland Checkpoint. Memang random je google caranya bagaimana untuk sampai ke Malaysia. Kitaorang tak study pun yang tu hahaha. Godek google sikit sikit, okay dah jom naik bas dari Terminal Queen Street.
Breakfast dekat Hjh Maimunah. Each plate cost us around RM30+
Comel je tiket bas pun.Tiket harga 4.80 SGD and kena bayar by cash.
Dah sampai Woodlands Checkpoint, bas akan turunkan korang and semua kena turun bawak barang masing-masing. Korang kena turun untuk cop passport keluar dari Singapore.
Lepas settle, pergi naik bas tu balik and bas akan bawak korang masuk CIQ JB untuk cop passport masuk Malaysia pula. So time ni dah masuk JB dah yeayyy!
Singgah lunch kat sini lepas check in hotel.
Nyumss!
Korang boleh follow cara ni jugak untuk balik ke Malaysia.
Stay one night in JB and takde buat apa sangat pun. The next day flight balik KL dah. So,end of the trip! Heheheh
Till next update korang, bye! :)
No comments:
Post a Comment