Trip to Chiang Mai Part II



Assalamualaikum. 

Ini adalah sambungan dari previous post. Siapa tertinggal, boleh baca sini (Trip to Chiang Mai Part 1)

Balik je jalan-jalan around city area pagi tu, kitaorang cepat-cepat naik bilik kemas apa yang patut. Takdelah kemas sangat pun, just to make sure everything was perfect, takde tinggal barang apa apa. Sebab before keluar jalan-jalan pagi tu, kitorang memang dah packing siap-siap.

Pukul 11:00AM settle check out dan hari yang di tunggu-tunggu telah tiba.  Transportation mode for second day till last day adalah car rental. Since Chiang Mai ni bukanlah negara yang banyak driver murah seperti Indonesia, jadinya our option is to rent a car. Ada study juga pasal public transport. Tapi macam tak banyak accessible to some places. Kitaorang ni pulak dah lah suka masuk ceruk hutan. Mana tidak mak aku bising, LOL. So, I request car rental untuk hantar kereta ke hotel. The easier car rental company to deal with. Boleh booking in advance without paying anything. Dah dapat kereta baru bayar. Deposit refundable right after you return the car. Mudah bukan? Paling penting check kereta dulu, ambik gambar and video. Kalau car rental claim yang bukan-bukan, at least kita ada valid proof. 

Lagi satu, ramai jugak yang tanya. Nak drive dekat sana, kena ada International Driving Permit (IDP) ke. Ada dua pendapat yang berbeza. I try jugak search untuk cari sumber yang sahih, tapi tak jumpa.  Ada yang kata Asean Country tak perlu IDP untuk drive di Thailand. Ada jugak yang kata, perlu IDP kalau drive kereta sewa. Kalau bawak kereta persendirian tu tak perlu IDP. Masa dekat Chiang Mai ni, i sewa kereta dengan company Chiang Mai Wheels and dia takde request IDP, just guna driving license Malaysia (pada ketika itu). Now semua digital kan? So nasihat I, korang apply lah IDP together with physical license. In case apa apa, just tunjuk je IDP tu, tak perlu nak bertekak dengan police sana hahahah. Takyah pening-pening.

Dengan itu, to Chiang Dao we go! Sebelum itu, kitaorang singgah dulu restaurant muslim dekat area masjid tu. Nak tapau makanan siap-siap sebab outskirts area dah tak jumpa halal food. Korang jugak boleh je tapau halal food from 7Eleven. Pandai-pandailah ye nak hidup hahaha.


Kitaorang repeat order dari kedai makan ni sebab nasi goreng dia sedap gila. 


Perjalanan dari Chiang Mai City ke Chiang Dao adalah sekitar 2 jam lebih. Jalan nak ke sana okay sangat. Takde masuk off road, means you still can access by the main road. Dan paling best takde tol. 


Ingatkan dekat Malaysia je ada jual mangga dekat traffic light, rupanya kat sini pun ada. I seorang yang suka sangat dengan buah-buahan. Jadi, pantang nampak orang jual buah memang akan beli punya. 

Dah masuk area Chiang Dao. Jalannya masih cantik.


Tempat pertama yang di tuju adalah Giant Alley Tree. I jumpa sorang influencer thailand ni pegi tempat ni and gambar dia bukan main cantik. Tapi bila sampai sana, hmm maleh aku. Adakah I yang tak kretippp? HAHAHA. Setelah letih mencari angle yang sesuai, I surrender. Bukan apa, dah macam bongok je aku berdiri tengah tengah jalan tu, pastu bila ada truck atau kereta lalu, mulalah nak berlari-lari ke tepi, cam onggile berlari lari pestu ke tengah jalan balik, berlari lagi, pegi tengah jalan balik. Siap kena hon lagi dengan lori ayam hahahahah.


Dah sampai dekat Giant Tree Alley , tapi kita isi perut dulu hehehe



Inilah dia tempat tu. Nampak orang ni snap cantik betul kejadiannya. Kita pun sibuk lah nak bergambar macam gini jugak, bencik.

Entah apa apa jeee. Boleh lah dari takde hahaha

Ini apo.

Lepas sesi posing yang tak berapa nak jadi tu, kitaorang teruskan perjalanan ke next destination yang memang jadi highlight of the trip! Serius weh, dari awal lagi I memang excited nak check in sini. Kalau tengok gambar kat hasil dari influencer thailand tu, memang lawa gila. Rasa macam tempat healing level maksimum. Tapi… of course la benda indah-indah ni ada glinch hahaha. Jalan nak masuk homestay ni boleh tahan jugak. Kena merentasi jalan yang tanahnya masih merah. Turun je kereta, mak datuk. Kereta sewa dah macam tepung gomak.

Kalau korang follow google maps, nak masuk homestay tu kena masuk satu lorong kecik yang off road ni. 


Maaf lah gambar kelabu asap. Sebab screenshot dari video footage hahaha

Kalau korang plan nak stay sini, better check-in before malam lah ye. Sebab kalau malam, tempat ni jadi seram sikit. Dengan dalam hutannya, dengan takde lampu jalan, dengan off roadnya.


Okay dah sampai and dah nampak bebunga tu. Maaf lagi sekali atas kekaburan gambar. Mari kita tengok gambar cantik di bawah.

Namun bila mata beralih ke view homestay, MashaAllah..Semua penat hilang terus.


Indescribable feeling, subhanallah.

This is our room, muat untuk dua orang. Toilet kat luar yang sebelah tu. Tak silap ni homestay number 5. Harga 1800 baht per night, tapi tak sure la latest price berapa. Korang boleh check direct dengan owner homestay tau. Chat dekat facebook messenger dia.

Kalau ada masa dan peluang, nak repeat datang sini lagi. Memang betul-betul hilang sekejap masalah dunia bila ada kat sini. Indahnya ciptaan Ilahi. I feel so humbled witnessing this moment.




Shoot by Nyna. Cantik kan?

Cantik gila view belakang tu. Waktu ni dalam pukul 7:30AM



Aktiviti kat sini memang bergambar jelah sampai lebam. Takde aktiviti lain lagi dah yang boleh buat. Sebab tak rajin la nak keluar masuk sebab you faham sendiri lah bila tengok keadaan jalan nak masuk tempat ni. Hahahaha

Kalau nak tahu, gambar cantik masa travel mostly from Nyna hahah. Maceh personal photographer :p


Suka gambar ni. Tetiba nampak macam diri sendiri sopan santun, walau hakikat tidekkkk ya. Hahahaha

Beautiful Nyna with beautiful view 



I recommend kalau nak bergambar must be early, dalam pukul 7:30 pagi, Masa tu view tengah cantik gila and cuaca tak panas. Memang sejuk and berangin. Suhu pagi sekitar 13'c ya kawan-kawan.

Breakfast with view gittew, tapi tak makan sangat. Kitaorang makan makanan yang di tapau dari 7E je.

Belakang tu korang zoom lah ya kalau nak tengok keadaan dalam bilik macam mana.

Okay yang ni nampak jelas sikit. Maap lah sedikit bersepah di belakang hahaha.


Dalam bilik tu ada lah secebis ruang untuk solat. Nasib baik muat.



Allah is great. Kuasa Allah kan. Ni baru syurga dunia. Dekat syurga betul tak tahu la macam mana indahnya. Terpukau tengok view dekat sini. Rasa macam masuk wallpaper Windows XP. Bezanya ni real, bukan skrin komputer hehe. Memang betul la orang kata, kadang-kadang benda paling susah nak sampai tu lah yang paling berbaloi. Kat sini terus rasa macam, “ok this is why we travel”.

Btw, nama homestay dalam bahasa thai :

ไร่ภูผาหมวก (Tapi in English translation "Rai Phu Pha Hut Homestay"

Service kat homestay ni memang mantap pak abu. Walaupun cara komunikasi kami ibarat ayam dan itik (I cakap English, dia selamba balas balik dalam bahasa Thai),  but surprisingly still boleh faham each other. Power betul bahasa isyarat tangan, memang betul kata orang, bahasa isyarat tangan tu bahasa international hahaha. I tunjuk kereta, dia terus faham maksudnya “nak parking mana”. I tunjuk bilik yang mana satu, dia terus bawak pegi bilik. *Magic!* 😂

Bilik dia pulak jenis simple je tapi selesa. Cuma reminder untuk korang, biliknya takde aircond ya geng. Tengah hari memang panas tahap boiling, rasa macam duduk dalam sauna. Tapi jangan risau, bila masuk waktu petang angin mula sejuk, terus berubah vibe jadi cozy. Memang advantage kalau datang time cooling weather (December sampai early March) sebab cuaca automatik jadi free aircond. Malam pulak siap boleh tarik selimut tebal-tebal, syiokk gila. Keesokkan pagi dia bagi breakfast, tapi tak berani nak makan sebab dia ada serve steamboat oink oink. Hahaha. Kitaorang makan buah je. 

Since memang nak spend dekat homestay tu je, kitaorang memang tak ke mana mana pun. Memang jalan-jalan pusing area homestay je, literally enjoy the view. One night is enough for me. Puas hati. Sebelum check out, jangan lupa langsaikan dahulu balance payment tu, bayar direct dekat staff homestay (in cash). Third day kitaorang dah bergerak ke Mae Taeng District. Tapi sebelum itu, singgah dulu coffee shop dekat Chiang Dao Mountain View. Datang sini for the sake of view je. Mengenali diriku ini, aim setiap trip hanyalah untuk memenuhi kehendak jiwa yang nak view yang cantik je. Itu adalah kepuasan hati seorang Ellia. We listen we don't judge, hahahahah.


Ini adalah entrance cafe.



Salah satu aesthetic cafe dekat Chiang Dao. Setengah jam dari Rai Phu Pha Hut Homestay.

Takde orang pun lagi masa ni, maybe masih pagi. Kitaorang sampai dekat cafe ni dalam pukul 10:30AM

Chocolate cake ft. hot chocolate + peach tea 

Sibuk tengah cari angle. Thanks Nyna for always capturing candid moment hehe

Patutnya view dekat belakang tu clear, tapi masa sampai tu jerebu.


Kill the time omputih kata. Sementara nak menunggu check in next stay pukul 3 petang


Seronok posing sebab takde orang hahahahah

Shoot guna camera terus hilang view belakang hahaha


Yang ni guna phone. Adelah nampak sipi-sipi gunung kat belakang. Tak tahu lah gunung ke apa, sukati je hahaha




Selesai mengopi, kitaorang bergerak ke Mae Tang District sebab nak check-in next accomodation. Macam panjang gila pulak post ni. Untuk next accom pun cantik gilaaaaaaa. Tak sabar nak share. Tapi korang tunggu i update next post okay? Doakan i rajin menulis hahahaha.

Bye!



No comments:

Post a Comment