Rezeki Terpijak di Universal Studio Singapore

 Assalamualaikum.


Terbang lagi yahooooo!

Nak tahu tak, trip Singapore ni adalah berlaku pada 3rd August 2023. But actually flight ticket beli sebelum pergi trip Chiang Mai lagi. Hahahaha. Our Chiang Mai trip was on February 2023. Trip Singapore ni terjadi sebab masa tu ada promo fare flight Jetstar RM68 only one way. Apa lagi, sambar jelah. The main highlight of our trip was definitely spending the day at Universal Studios Singapore.

This trip just 3 days 2 nights in Singapore and sambung tidur one night in Johor. Pastu macam biasa, di sebabkan short trip je, kitaorang takde la plan itinerary beriya. As usual, just follow the flow. Keluar immigration, terus naik shuttle bus ke Terminal 4 sebab nak pergi Jewel Changi Airport yang famous tu. Honestly, tempat ni memang cantik gila! The architecture, the vibes, everything looks so modern and clean. Kitaorang sampai awal pagi kan, so tunggu Rain Vortex tu start around 11AM. Ramai betul yang menunggu rain vortex masa ni. 

For me, the excitement of every trip starts the moment I'm in the airport! :D


Walaupun pergi Singapore je, excited tu haruslah wajibul ghunnah. Kita memang suka travel wakkk, pergi memana pun memang akan excited sentiasa hahaha

Excited makin intense bila anda sudah berada di sini. Hahahaha


Usual suspect. 


Landed!Malaysian boleh guna automated Immigration Lane ni. Tapi I kalau boleh nak cop tu huaaaaa.

Begini rupanya depan mata..

Jenuh nak bergambar kat sini sebab ramai orang. Tu pun ada nampak sikit tangan orang sebelah eeeeee bencik.

Lepas tu, kitaorang terus gerak ke hotel. From Changi Airport, naik MRT terus ke Chinatown. The journey took around 45 minutes, and MRT dia memang super clean and punctual. Our hotel dekat Chinatown, just 5 minutes walk from the MRT station, so memang senang sangat nak gerak ke mana-mana. Kat Singapore ni, public transport is the cheapest way to get around. Yang lain lain tu crazy expensive. 

From MRT Changi Airport stop at Expo Station (Change to Blue Line). And from Expo Station direct to MRT Chinatown.

Keluar je dari MRT Chinatown, terus jalan kaki menuju ke hotel.


Taraaa! Dah sampai hotel. Kitaorang stay Hotel Calmo Chinatown. Hotel budget je guys. Tapi harga dia sama macam kau stay hotel 4 bintang di KL.

Lepas check-in, kitaorang rehat kejap before keluar. Untuk hari pertama ni, kitaorang nak main Sky Luge Singapore!  Tiket beli siap-siap dekat Klook app, around RM114 untuk 4 rounds. Senang beli online, tak payah queue panjang. Nak ke sana kena tukar beberapa train, start dari MRT Chinatown (If you stay dekat area Chinatown lah), stop dekat HarbourFront Station, lepas tu interchange ke Sentosa Express Monorail Line (VivoCity Station). Dari VivoCity Station, turun dekat Beach Station, and that’s where Sky Luge Singapore is located. Faham semua? Okay good.


Ni line monorail.

Sampai! :) Ayuhhh kita.


Masa pergi sini, dekat Malaysia belum wujud Sky Luge. Now dah ada dekat area Gamuda Cove.


Seronok masa ni macam kanak-kanak riang kitaorang hahaha

Untuk orang gayat, you might not enjoy this Skyline Luge. But i sukaaaaaa! Repeat naik banyak kali pun sanggup hehehe


Pastu sebelah malam, kita ke Garden By The Bay.

Ika, Nyna, Ellia :)


RIP kaki ku. Almost 20k steps hahaha

DAY 2.

This is highlight of the day. We are going to Universal Studio Singapore, yeayyy! Kitaorang ni sejenis asal boleh. Breakfast on the go pun okay. Tak terlalu particular sangat dengan breakfast. So pagi-pagi lagi kitaorang dah bergerak ke USS. Cara nak pergi USS from MRT Chinatown senang je. Sama flow macam nak ke Sky Luge tu, cuma kalau nak ke USS, korang kena stop dekat Resort World Station okay. Entrace ticket pun sama juga, beli dekat klook. That time harga RM283 for one day admission ticket. Okay let's go gais!

USS open at 10:00AM tapi pukul 8:30AM kitaorang dah terpacak duduk depan gate.

It's a must spot photo kat sini kan? Hehehe

Okay. Ni nak cerita satu benda menarik yang terjadi dekat USS. Waktu kitaorang duduk depan gate USS tu, tetiba ada one chinese guy ni pun buat benda sama macam kitaorang hahaha. Dia pun duduk menunggu depan gate USS tu jugak hahaha. And kitaorang pun sembang sembang la kan and end up rupanya dia staff USS, cumanya dia off day on that day. Dia datang USS pun sebab nak bawak kawan dia main dalam tu. And nak kata punya la rezeki kitaorang kan, dia offer kitaorang guna staff pass dia. Means, kitaorang boleh masuk express lane with his staff ID. OH MY GOD. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah :'(((((

Selamat duit ku. Hahaha. Sebabnya kitaorang hampir nak beli express pass tau tak dengan harganya RM250 with 1 single time Express Pass. Kiranya ni harga add-on after kita beli one day pass entrance ticket tu. 

TAPI KORANG, SABAR JAP. REZEKI KAMI BUKAN TERHENTI DI SITU SAJA!!

Kitaorang dapat hadiah misteri dari USS!!!! Nak tahu apa?

Kitaorang dapat Express Lane Pass not only one but 5 Express Pass Ticket!! So, RM250 x 5 = RM1250 masyaAllah jimat banyak duit kitaorang ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­

Nak tahu macam mana kitaorang dapat Express Pass? Kan tadi i cakap kitaorang antara yang pertama beratur depan gate USS tu. Punyalah semangat, rasa macam nak sprint masuk dulu, LOL. Kitaorang siap study awal-awal dekat map USS, dah plan siap-siap nak terus ke mana dulu bila gate buka. Biasanya yang queue panjang gila tu dekat roller coaster, Revenge of The Mummy, Transformers, and Jurassic Park. Sebab tu pukul 8:30 pagi lagi kitaorang dah terpacak depan gate, bersemangat waja.

And then, tak sangka pulak masa gate nak buka tu, tiba-tiba keluar satu mascot datang mintak kita semua bersorak sebelum gate officially open. So kitaorang ni pun semangat la menjerit sama-sama, bagi support konon. Sekali… mascot tu datang dekat kitaorang and bagi mystery gift! MasyaAllah, ampun la ya kalau ada siapa-siapa nampak muka aku masa tu, terkinja-kinja melompat sebab terlalu excited hahaha. Rasa macam budak dapat ais krim free! HAHAHAHA But worth it la kan, tak sia sia menjerit macam orang tak betul. Alhamdulillah, rezeki betul waktu tu. Tapi, kitaorang simpan dulu express pass tu sebab nak guna express pass dari staff USS tu hehehe.

Muka bangga tak perlu queue hahaha



Roller coaster ride ni pun panjang jugak queue, tapi i guna staff ID tu hehehe.

Repeat naik roller coaster banyak kali hehehe

Bag yang korang bawak boleh letak dalam locker. FREE around 20mins. For me, dah okay sangat free 20min tu sebab korang akan move around. So after settle main, boleh letak bag dekat locker lain pulak.

Jurassic Park pun best tapi queue pun panjang gila. I rasa kat sini takde express lane. Ada certain ride tak boleh guna express lane. So we queue dalam 30 minit jugak. 

Dalam Jurassic Park, kita akan naik benda ni. Seronok gila sebab kita akan merentangi macam hutan yang dalam sungai pastu ada banyak dinosaur. Kids sure will love it!

Wajib pakai raincoat sebab dalam Jurassic Park tu nanti ada air yang akan simbah korang hahaha. TIPS : Sila beli raincoat siap-siap dekat Mr. DIY. Baru RM2.50 je. Kalau beli dalam USS dalam RM16 kot.

Lepas keletihan dan berlecak, beli coconut drink ni. Harga 7SGD = RM24 hmmmmm..

Berjalan menuju ke surau. Dalam USS ada surau tau, berdekatan dengan Battlestar Galactica or between Egypt World. Takpun download je USS apps. Dalam apss tu boleh refer map dia.

Korang download app ni tau.



Settle solat, kita sambung kat sini. Aaaaaa dream come true! Masa kecik-kecik berangan nak pergi castle macam ni. Dulu kan terpengaruh tengok cite disney. Hehehe

Masa nak main sini, dekat screen ada tulis waiting time dia 80 min. Kitaorang pun masuk je sebab nak guna express pass. Tapi masa tu express lane macam panjang jugak. Tapi rezeki kitaorang entah ke berapa kali, staff kat situ panggil orang yang bertiga. So kitaorang la yang bertiga tu. Terus dapat masuk main paling depan sekali hahaha. And dia tak scan pun express pass kitaorang. 

Murah rezeki kita bertiga haritu ya hehehe Alhamdulilah :)


Ada banyak sebenarnya kitaorang main, tapi bila dah ke sebelah petang, muka semua tak larat sebab cuaca panas time tu. Plus tak banyak ambil gambar sangat sebab phone most of the time simpan dalam locker.

By the time 3PM kitaorang dah habis main semua benda siap repeat naik roller coaster. Memandangkan ada balance lagi 3 express pass yang tak guna, kitaorang bagi je dekat mana mana stranger yang ada kat situ. Semua memang dah puas hati sangat dah main dalam tu. Then before balik hotel, singgah makan siap-siap. Day two ni memang spend almost whole day dalam USS.

Total semua 99 SGD equal to RM319

Pastu nak balik hotel dah penat nak jalan kaki. Kitaorang book je Grab. Padahal tak sampai 10 minit pun dari kedai makan ke hotel. Lantak je la sebab aku dah penat. Hahahahah



Ingatkan dah penat, taknak keluar bilik dah. Lahhhhh....
Letak bag terus keluar jalan-jalan area Chinatown ni.

Day 3

Bangun pagi, check out hotel untuk pulang ke Malaysia hehe. Tetiba jadi macam tak sabar nak balik Malaysia. Pagi tu breakfast dulu dekat Kedai Hj. Maimunah. Pastu terus naik bas ke Woodland Checkpoint. Memang random je google caranya bagaimana untuk sampai ke Malaysia. Kitaorang tak study pun yang tu hahaha. Godek google sikit sikit, okay dah jom naik bas dari Terminal Queen Street.   

Breakfast dekat Hjh Maimunah. Each plate cost us around RM30+

Comel je tiket bas pun.Tiket harga 4.80 SGD and kena bayar by cash.


Dah sampai Woodlands Checkpoint, bas akan turunkan korang and semua kena turun bawak barang masing-masing. Korang kena turun untuk cop passport keluar dari Singapore.

 Lepas settle, pergi naik bas tu balik and bas akan bawak korang masuk CIQ JB untuk cop passport masuk Malaysia pula. So time ni dah masuk JB dah yeayyy!

Singgah lunch kat sini lepas check in hotel.

Nyumss!

Korang boleh follow cara ni jugak untuk balik ke Malaysia.



Stay one night in JB and takde buat apa sangat pun. The next day flight balik KL dah. So,end of the trip! Heheheh

Till next update korang, bye! :)




































 































































Outstation : Guangzhou, China

 Assalamualaikum.

Takde apa nak di ceritakan sangat. Just saja nak update. In year 2023, me and the other colleagues went for outstation in Guangzhou. I dah pernah pergi Guangzhou in year 2018 for holiday. But this time around pergi atas urusan kerja, jadinya tak banyak tempat boleh share due to PNC.

Apa-apa pun, i bersyukur berpeluang dapat experience macam ni. Banyak benda boleh belajar sepanjang outstation cause we went with few other people with higher position in the company. Tapi tula. Tak boleh nak cerita panjang pasal semuanya p&C.

Masa ni, apa yang I really nak highlight in this post is how advanced the technology in China is! Honestly, before the trip, I tak ada lah study sangat macam nak pergi holiday ke apa. Since this was a business trip, I just followed whatever itinerary yang client dah arranged for us.

Satu benda yang buat I terkejut sikit masa nak beli coffee kat sana, dorang tak accept our credit card at all! Yang boleh guna cuma Alipay & WeChat Pay. At that time, international payment method macam TNG eWallet pun belum boleh pakai lagi kat China. Waktu tu i belum pandai guna Alipay apps lagi. Maybe sebab tak study before trip hahaha. So memang agak struggle juga sebab almost everything dorang tak terima kecuali apps dorang sendiri. China ni memang stand alone country betul. Everything must be local apps only. Last-last, i ended up bayar guna cash je. 

But what really amazed me was how far ahead they are in technology. While in Malaysia kita baru nak start dengan QR Pay pada waktu itu, dekat China dah move forward to face recognition payment system! Gila weh! That day, one of the China delegate tunjuk cara beli air gedegang guna face recognition. I don’t even know how it works, but basically you just show your face kat mesin, and bam! You can buy drinks just like that!

Settle packing. Korang jenis packing last minit atau packing awal? I sejenis packing sehari sebelum fly. Tak la last minit sangat kan. Normal la orang kata hihihi


Selfie dulu macam biasa.

Not into coffee but bila dah free kita sapu je.


Kalini fly with China Southern Airlines. 

Perks of a business trip, you get to chill in the Premium Lounge for free :)

Toilet dia cantik. Boleh shower jugak in the other room. 

Boarding time. 

4 hours in the plane.

Boleh request Muslim Meal but kena inform the airline earlier. 


Safely landed. I'm back after 5 years.

Terus pergi makan kat sini.

Menu apa tah. Tak ingat.

Jammed teruk sebab waktu ni China ada public holiday kot tak silap.

Infront of the hotel hehehe.

Pastu naik cruise lagi. Apa eh nama dia, lupa dah. My second time naik cruise. 

Nampak tak red line barrier tu? Again. Perks of being a sponsored business trip, you can enter the VIP area hahaha


Ohh dah ingat nama dia. Pear River Night Cruise and the colorful building ni nama Canton Tower.

Smart Service Area - Government Hospital in Guangzhou

We visited one of the hospitals in Guangzhou and I was honestly mind blown. They have this thing called the “Smart Service Area." Kat situ boleh buat macam-macam like you can print medical report, reschedule appointment, set new appointment, check blood test result and literally everything. Semua boleh buat sendiri! Macam self-service machine tapi level hospital. How cool is that? I wish Malaysia pun ada benda macam ni, benda benda yang menyenangkan kita dan juga pihak hospital. Win-win. Tak payah ambil nombor and tunggu giliran lama lama.

And last but not least, rasanya tu je la kot nak update huahahah. Nothing much to tell pun since a lot of things are P&C. Overall, this outstation trip was such a valuable experience for me. Dari sekecil-kecil perkara hingga meeting, site visits and seeing firsthand how advanced the systems in Guangzhou are, I learned so much. There are so many things you don’t get to see if you’re just in the office. Feeling so much grateful for the opportunity. Alhamdulillah. Moga Ellia Rohim lebih rajin bekerja dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Tiber.


Till next post, bye!