Explore Hidden Gem of Bali

Assalamualaikum & hi again! 

12th September to 15 September 2022 (4 days 3 nights)

Full Itinerary. Tekan sini.

Okay macam yang I promised in my last entry, here’s the continuation of our post-pandemic travel, BALI! Trip ni memang dah lama (2022) but Alhamdulillah ingatan tu masih kuat lah nak recall balik semua. Hopefully takde yang tertinggal. Lupa sikit-sikit tu kira halal lah ekk.

Naik Lion Air and tak sangka dapat view macam ni. Tak sure gunung apa dari atas awan ni haha

I still remember time naik flight ni hari Isnin, hence no monday blues, hati manyak senang :D 

Compulsory to wear masks in the flight masa ni

We safely landed! 

For this Bali trip, we planned to explore northern side of Bali. Agak jauh sikit from the usual tourist spots. Since nak pegi remote areas, kitaorang hire supir je. Macam I pernah mention before, if you nak explore remotes area, yang jalannya agak mencabar, better hire supir je. Untuk supir ni Nyna yang handle, tak ingat mana dia dapat contact but seriously he was outstanding! Super friendly, very chill and sangat spoting. Dia redha je ikut itinerary kitaorang yang memang agak mencabar, sebab nak explore outskirts Bali ni kena redah jalan kampung, cerun bukit semua ada hahaha. Ni contact dia, namanya Agungs > +62 812-4643-9091 (Whatsapp) 

Our route for this trip : 

Okay inilah routes kitaorang untuk explore Bali.


Denpasar → Karangasem → Kintamani → Bedugul → Denpasar

From Denpasar ke Karangasem took around 3 hours kalau tak silap. (Sorry, trip dah lama sangat, banyak detail dah blur 😅). Tapi nasib baik zaman sekarang semua digital. Boleh je refer phone balik kalau lupa. Padahal baru je awal mukadimah tadi cakap ingatan masih kuat miahahahah.

📍First Stop: Savanah Tianyar, Karangasem (Day trip)

This spot was actually Nyna’s idea. Dia yang jumpa and suggest nak pergi sini  and of course kita onzz je, especially bila tempat tu cantik! 😍 Nak sampai ke Savanah Tianyar ni, jalan dia agak bumpy and dusty, maklumlah lalu off road. Kesian supir, bergegar habis kereta dia. Tapi bila dah sampai... worth it gila. Tempat dia macam padang luas, with mountain view from far. Rasa macam tak percaya tempat macam ni wujud dekat Bali. Kalau datang time sunset or sunrise, confirm lagi cantik. 

Link location : Savanah Tianyar, Karangasem Bali

Dah masuk area Karangasem :)


Singgah solat and betulkan urat before sambung journey hahaha


Singgah tepi jalan jap nak bergambar hahaha



Inilah view tepi jalan tuu, cantik jugak kan?



Location : Savanah Tianyar, Karangasem

Izinkan kami feeling hindustan hahahahaha

Bestie 💜


Trip ni date dekat dengan Hari Malaysia, jadi dia pun nak ambil vibe-vibe patriotik gituh 


No filter.

Hello, I am Bananyna :)

Our original plan sebenarnya nak stay one night dekat Karangasem, tapi tak jadi. I tak ingat sebab apa tak jadi tu. Lahhh semua benda tak ingat dah hahaha. End up, terus gerak ke Kintamani on the same day. Let me tell you. This is not the best idea. 😂 Especially kalau korang gerak waktu malam. The road from Karangasem to Kintamani was no joke. Berliku-liku, sempit, and sangat gelap ya tuan tuan dan puan puan. Supir pun few times jugak stop tepi jalan untuk tanya orang local the best way to reach Kintamani. Boleh pulak tetiba sesat hahaha. Kesian dia ikut route kitaorang yang tak biasa orang guna. Hahaha. 


Dah nak senja dah masa ni. Menuju ke Kintamani.

Lampu jalan takde. So tak recommend untuk gerak waktu malam ya.

Masa ni dah sampai Kintamani, bergegar-gegar tangan pegang phone sebab jalan kejap naik kejap turun kejap break mengejut.

Berkabus kat Kintamani ni sebab tempatnya tanah tinggi dan agak sejuk. Dalam 15'c macam tu.

Pantang supir stop tepi jalan kejap, menyempat aje nak bercintahh 


And then... ada drama sikit.

Sebelum sampai hotel, supir tiba-tiba stop. Rupanya ada tiang elektrik tumbang tengah jalan! Yak alahhhai. Nak sampai hotel pun penuh berliku. Azab sesat tadi dah lepas, ni azab kedua dah datang. Maka berbondon bondon lah mereka turun dari kereta nak angkat tiang letrik tu. Yang kitaorang si isteri ni jadi penonton dan  tukang record je sambil mengekek. Lawak giler tengok laki I angkat bontot supir sebab nak panjat betulkan tiang letrik. Korang tengoklah IG highlight kat sini  😆

Biasalah bila travel, mesti ada hiccup sikit-sikit. But honestly, moments macam tu lah yang akan jadi kenangan paling best dalam hidup, betul tak kawan kawan? Mesti ada cerita dan pengalaman yang akan kita kenang. I tak pernah rasa stress pun kalau benda tak jadi ikut plan sebab for me, that’s part of the journey. Itu semua pengalaman yang mahal dan tak boleh dibeli hihi.

Jalan before nak masuk area hotel. Tetiba teringat kalau terjumpa hantu macam mana HAHAHA

Ini lah dia, tiang letrik terbalik

Ya Allah laki aku hahahahaha

Selepas merentangi tiang eletrik, kita kena lalu off road untuk masuk ke dalam area hotel. Siapa punya idea nak stay sini ni? Kata laki aku.

Then finally sampai pun hotel. 

Subhanallah, terus hilang penat. Excitednya nak check-in sini sebab tempatnya cantik dah canggih uolls. Nak check-in guna smartphone je and everything was digital. Nak bukak lampu pun tekan screen tau. Siap boleh main tukar lampu hijau kuning biru lagi. Rasa nak tidur dalam hutan bunyi sungai dan burung? Jangan risau, tekan je kat screen tu. Merasalah korang tidur dalam hutan sambil dengar deruan air sungai dan burung-burung itu, gila gempakk bhahaha. Nanti korang boleh tengok je dekat IG highlights Bali Trip (Tekan sini)

View waktu malam.

Dah penat dalam long journey siang tadi, haruslah melantak.


Toilet cabin ni not bad. Bersih. Itu paling utama. And ada hot shower hehe

Btw aktiviti first dekat Kintamani ni adalah Jeep Tour. Kalau korang tengah plan trip ke Bali dan nak cari something different selain pantai dan shopping, jeep tour kat Kintamani ni memang wajib masuk dalam itinerary! Kitaorang book package jeep tour dengan @kintamanijeep. Selain mendapat supir jeep yang mukanya ala ala kpop, korang juga akan dapat menikmati pemandangan sunrise yang sangat memukau hihihik. Harga package kitaorang pilih ni 1.6 juta rupiah per jeep, max 4 pax only! Package yang kitaorang pilih tu, cover 4 places : 

1. Mount Batur Sunrise Viewpoint.
Dekat sini ada jugak yang hiking. Tapi tidak lah seorang Ellia nak hiking ya. Kami manjahhhh muahahaha so we choose jeep ride instead. Maka bergegar-gegarlah otak kami naik jeep tu sampai ke puncak. Sebab jalannya memang bumpy teruk. Light breakfast is included. 

Enjoy betul ya masa ni.


View sunrise dia 😍

Haruslah ada gambar romantis hihihik

Lecturer ni kalau ada dia, auto jadi photographer. Haha thanks Kojet!

Nyna ni memang dia pandai posing ya. 

Kihkih ngapain lor?

Hot tea with sunrise view.



2.Hutan Pinus Kintamani
Next stop dekat sini. Singgah sekejap je ambik gambar ala kadar. Sebab dah puas menikmati sunrise dekat atas tadi, so bila turun dah tak rasa nak spend masa lama kat sini. 

Curi gambar dari FB Nyna hahaha

Rindu laaa, bila nak trip berempat lagi korang?


3. Black Lava

Ni spot yang agak unik sebab tempat ni terbentuk dari lava yang mengeras masa Mount Batur meletus dulu. Masa ni i pakai serba putih. Kasut putih, jacket putih, tudung putih, seluar putih. Hasilnya, balik dari trip je kasut tu dah selamat dihumban ke dalam tong sampah. Sebab tidak layak di sental. Dah sental dah tau sebenarnya, tapi rupanya tetap seperti roti kirai. 

Izzat Khalil + Nurul Hayani

Inilah dia Black Lava nya

Mount Batur at the back.

Kan dah kata, outfit head to toe serba putih. Masalah betul hahaha

Driver oppa kpop

Ini oppa saya, bukan kamu





4. Batur Natural Hotspring 

Last before balik ke hotel, kita mandi manda kat sini. Towel, locker and welcome drink provided. Cuaca dekat Kintamani ni kan memang dingin2 & chill gitu, so bila dapat mandi hotspring ni rasa segar betul, tambah pulak view kat sini memang cantik gila. Cumanya tempat ni memang full with tourist, especially mat salleh dan minah salleh. Memang berdarah habis mata laki aku kat sini hahaha sabau jelah.

Seronok mandi masa ni sebab angin sejuk tapi air suam suam gitu.

💓

Kawan sampai tua kerepot ok.

Papaya juice.


Hello suami.




Selesai mandi manda, around 10:30am kitaorang dah selamat sampai hotel. From hotspring tadi ke hotel lebih kurang 15 minit je. Memandangkan masih awal, kitaorang rest dulu dekat hotel. Husband i sempat aje dia nap. I takleh duk diam, i keluar pegi explore area hotel. Rugi tak explore sebab tempatnya cantik gilaaaaaa. Korang kalau nak datang Bali, please insert this hotel in your itinerary okay?

Masa ni baru sampai hotel dari Batur Hotspring.

Apa apapun selfie lu..

Dekat luar dari bilik cabin tu, ada tempat korang boleh lepak dalam ni. Tapi i tak masuk pulak. Rasanya macam ada fridge, dining table gitu.

Ni bahagian luar.


View dari tempat lepak tu.


Bini enjoyyy hahaha

Photo credit to FB Nyna hahaha

Viewnya cantikkkkk

Ni cabin Nyna & suaminya


Zoom in 


Zoom out. 


Area cabin.

Setelah istirehat, perut pun bergoncang-goncang. Bergoncang? Macam lain pulak bunyinya. Berkeroncong kan? Ke salah? Hakhakhak pape jelah. So after nap, (lah sempat jugak nap rupanya), pukul 2 petang kitaorang gerak keluar nak pegi lunch. Supir bawak lunch dekat Grand Puncak Sari. As usual, Kintamani ni kaya dengan view gunung Batur yang memukau. Makan laju laju, pastu ambil gambar je yang lebih.



Grand Puncak Sari Restaurant, Kintamani


Yang ni table indoor. Korang boleh pilih nak makan dekat outdoor or indoor.

 
Kitaorang pilih outdoor seating area. Sebab view lagi cantik! Lagipun cuaca berangin, tak panas. Hihihi

Nak view macam ni, datanglah September. I suka clear blue sky macam ni :)

Ewah kamu pun nak jugak

Okay spot kat sini sebenarnya dekat dengan toilet. Keluar toilet terus dapat view ni hahaha

Macam biasa curik dari fb Nyna hahah

Sebelah petang, kitaorang ada booking nak main scooter electric dekat area Kintamani. Ala scooter tu kalau macam kat KL sebenarnya macam BEAM tu la. Cumanya dekat Kintamani ni, you ride scooter with the view gituh. Cantik yaaaa tempatnya. Macam mana i jumpa? Serious tak ingat. Huahahaha tapi rasanya jumpa dekat instagram kot. So, memang I explore habis habisan lah google maps area Kintamani ni. 
So, cara booking dia korang  pegi dekat instagram @kaldera_skuter and refer bio untuk contact them thru whatsapp. Nak main scooter ni ada dua location.

1. Toya Bungkah
2. Kedisan

So, kitaorang pilih Kedisan sebab nak view tasik. Harga 60K IDR per hour. Puas hati betul rasanya stay dekat area Kintamani ni. Banyak tempat cantik yang boleh explore. Kalau korang suka nature view, this must be in your list.

Supir parking betul-betul depan tasik.

Cantik kan kat sini

Sukanya tempat ni :)

LOML

Hi Pakcik, tangkap apa tu

Bukan main dua orang ni

Kanak kanak riang

Bestiekkkk 

Jom korang plan trip lagi hahaha


Ok pastu nak ke mana lagi? Of course before balik hotel kitaorang singgah cafe. Memang before datang ke Bali, i dah list siap-siap few cafes yang cantik kat sini. Tak makan pun, just minum2 je sebab kita nak lepak borak-borak je kat sini hahaha.

Pastu back to hotel! Belah malam makan instant noodles + jagung bakar. Kitaorang request nak bonfire malam tu sebab belah malam sejuk juga, temperature dalam belas2 juga.

Location : Montana Del Cafe

Strawberry Juice.


Rasa biasa je nyahh.

Terima kasih sang suami memberi kerjasama sepanjang trip. Lurve.


Ni seating area belah dalam. 

Jagung bakar and born fire extra charges ya, boleh request dengan orang hotel.

Apa pandang pandang?


Cejukkkk

The next day, seawal 7:00pagi I dah keluar merayap area hotel tu. Masih segar dalam ingatan moment dekat sana. Bangun pagi tu ada satu perasaan yang Ya Allah bestnyaaaaaaa, truly grateful for that moments :) It such a perfect day, cooling weather, nice view, fresh air, fuhhh I rasa setiap detik kat sana sangat berharga. Segar dalam ingatan. Pulak tu masa tu zaman yang I sangat busy dekat office. So, bila dapat holiday and dapat peaceful moment tu I rasa happy sangat.


Good morninggggg

Husband masih berselubung, k gerak luuuu

Pagi-pagi i dah terpacak depan cabin nak explore area hotel 

Di sebabkan dah nak check out, terpaksa packing huaaaa :(

Tak puas lagi huaaaa good bye room!

Gonna miss you Kintamani

Nanti nak repeat stay bobocabin lah, but in other place.


Dorang dua ni dah letih sebenarnya follow itinerary kitaorang yang masuk ceruk-ceruk tempat hahaha

💗


11:00AM - check out and to the next destination! 

Dari Kintamani kita bergerak ke Bedugul. Untuk pengetahuan umum, Bedegul ni adalah kawasan dataran tinggi yang terletak di bahagian utara Bali. Nampak tak ayat google aku muahahaha. Kalini kita pegi ke sini sebab I jumpa instagram hotel ni and one of the post sangatlah menarik mata seorang Ellia.


"Nyna jommmmmmm stay sini? Tapi jauh sikit lah"

Okay Jommmm! Kata Nyna.

Mudah bukan bila travel dengan orang yang sefrequency ni. 

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sempat singgah Candikuning local market dekat sana. Dekat sini menarik sangat sebab ada jual local fruits yang namanya buah salju. Rasa dia? Macam buah nona. And ada banyak juga souvenirs boleh beli dekat sini. Dekat sejam jugaklah kitaorang shopping dekat sini. Masa ni famous dengan bag rotan, dekat Malaysia mahal gila.


Candikuning Market

Kat sini i rasa quite expensive compared to Kuta Beach punya souvenir

Tak beli pun tapi macam menarik hahaha

Gemuk gemuk strawberry sini, manis pulak tu

Hi buk.


Cuba teka yang mana satu buah salju?

Ini dia buahnya.

Kok macam pernah ku liat ya, ibuk  kayak Khatijah Tan lohh HAHAHAHA


Lupa pulak, before sampai Candikuning market tadi, kitaorang singgah lunch dekat kedai ni. Tapi rasanya ni still area Kintamani kot

MasyaAllah, nampak biasa je. Tapi rasa luar biasa


Pastu pukul 4 petang sampailah kitaorang ke hotel. Eiiiii excited dia masih terasa sehingga kini, over tak. Dekat Bedegul ni plan dia memang nak habiskan waktu dekat area hotel je. Sebab area sini pun dah cukup cantik untuk kitaorang enjoy the view. So next hotel nama Pondanu Cabin By The Lake. I booking dekat Traveloka. Harga masa booking tu RM280 per night, sekarang tak tahu la harga sama or dah makin mahal. Nanti korang check ye. 


Otw to next stay. Sepanjang perjalanan berkabus je.


Alhamdulillah sampai. Terus boleh check-in sebab dah pukul 4 petang.

Service tip top! Kitaorang turun je kereta, diorang ni dah tunggu untuk bawakkan luggage sampai ke bilik.

Paling best, ada bed heater. Jadi, tidaklah tidur seperti udang kami malam tu hahaha

Siap ada sunroof! Malam malam boleh stargazing. Tapi malam tu non hado stargazing pun sebab hujan. HAHAHA


Tukar outfit, nak OOTD hehehe


Bilik dia besar, boleh tengok dekat IG Highlight. Btw ni bilik jenis Deluxe Double Room With Balcony 

Awan berkabus masa ni sebab baru lepas hujan, takde dah clear blue sky :(

Hotel ni di kelilingi tasik, banyak spot OOTD hehehe


Tak paham nape bawak beach hat

Izinkan pengantin lama berposing :p

Gambar tangan je pun dah nampak cantik dah kalau tangan orang kreatif yang snap.

💋💕

Area sini tenang je, siapa nak heal with nature sangat sesuai hehe

Thanks Nyna for capturing this photo :)

Dah macam photoshoot pre-wedding pun ada hahaha



Pasangan romantis hiks

Inilah dia tangan orang berseni. Korang nak photoshoot product maternity shoot ke, boleh hire Nyna. She's the best!


Ready for dinner. Dinner kitaorang makan kat luar. 

Kalau perasan kitaorang banyak outfit ber sweater sebab sini sejukkk.

Kat sini entrance/lobby hotel ni.

Dinner di sini. Dalam 15min dari hotel.

Fuhh ikan dengan sambal tu sedap gila.

Malam takde aktiviti sangat, kitaorang request bonfire lagi hehe. Masa ni time relax relax, borak borak sambil makan kudapan beli di Alfa Mart.



Hotel ni takde aircond tau sebab sepanjang masa sejuk. I suka la tempat-tempat gini guaaaaa nak pegi lagi :( Then the next morning, before check out, kita bergambar dulu hehehe. 

Cantik kan kat sini? Kalau ikutkan bunga bunga kat tepi tu lagi banyak tapi masa kitaorang sampai dah botak hahaha


Ada basikal kat sini, boleh la jadikan prop hahaha, nak naik tapi tak berani sebab risau tertonggeng dalam tasik tepi tu

Breakfast on the bed gitu hahahaha. 

Breakfast dia sedap gilaaaa

Kena pakai baju striking baru naik gambar tu hahaha


Good bye Pondanu Cabins By The Lake. We will truly miss this gem!


Lepas check out, kita terus bergerak ke Kuta area. Dekat Kuta tu takde apa sangat pun, just nak shopping habiskan duit Indo. Since flight balik ke KL petang, kitaorang request dekat supir nak pegi tempat shopping souvenirs.
 

Bali Banana ni sedap tau. Korang boleh beli as souvenir jugak. 

Sini agak pricey. Tapi sempat la jugak beli baju macam batik untuk buat tido. Kain dia sejuk, sampai sekarang still guna hehee.

Back to the airport :(

Flight back to KL


Btw itu saje korang, nak full itinerary tekan sini okay.
Thank you for reading! Until next post, Chiang Mai Trip! 💜


No comments:

Post a Comment