Trip Chiang Mai Part III

Assalamulaikum.

Sambungan dari Trip Chiang Mai II and this will be the final episode of our Chiang Mai adventure. Here we go!

Since check-in time was at 3PM and we still had plenty of time to explore, kita pun tanyalah Mr. Google.

Best place in Mae Taeng,” and the top result yang keluar : Dan Tewada Land of Angels Waterfall Park.

So, off we went! Perjalanan ambil lebih kurang 40 minit dari Chiang Dao ke Mae Taeng. Sampai je sana, ada entrance fee 80 baht per person. Kat dalam tu, ada man-made waterfall, and what makes it more magical, you can actually walk close to the waterfall and mist akan keluar dari dalam gua. Terus rasa macam masuk alam dongeng! Tempat ni memang cantik, sesuai untuk family sebab ada flower farm, mini zoo, and even a cozy cafe to chill. We didn’t stay too long though, terus gerak ke next destination. 


Inilah tempatnya. Dan Tewada Land of Angels Waterfall Park.

After bayar entrance fee, dia akan bagi this one small notes. Just follow the instructions kat situ.

Macam biasa kita akan selfie merata. LOL


With Nyna :)

Cantikkkkk kan airnya :)

Disclaimer : Tempat ni panas bodonting. Tapi pakai jacket tu sebab bergerak dari Chiang Dao di mana tempatnya agak sejuk berbanding di Mae Taeng ni. Ingatkan nak terus check-in next hotel je sebab tu tak tukar outfit. Tapi takpelah, benda pun dah jadi, usahlah di kenang walaupun peluh menitik nitik dalam jacket tu.


Jemu dah dengan bunga-bunga ni. Sebab dari day one mengadap bunga hahaha so bila sampai sini dah takde energy. Maybe sebab tak tukar outfit cantik lagi kot. Dengan peluh menitiknya. Hahahah


Sebelum check-in next hotel, singgah beli makanan dulu. Ada jumpa satu kedai halal. Tempatnya macam RNR, ada kapaltobang tau kat sini hahahah. Tak silap dalam tu ada cafe but we dont bother to explore, penat weh masa tu. Pikir nak check-in laju laju and nak rest. 


Ini haa kapal tobang nya hahaha. Macam mana dia bawak masuk kapal terbang ni kat sini?


Masa masuk kedai nak beli makanan kan..

Me & Nyna : Tengok menu.

Me : Hi, sir. Can I have this one (sambil tunjuk gambar menu, tak reti nak sebut sebab dalam tulisan thai & we just google translate and it says (Nasi Ayam something something hahaha).

The seller : Okay kak, nok makey sini ke nok bungkus?
Me & Nyna : Terkejut berukkkkk sambil berkata. Ehhh abang boleh cakap melayu?
The seller : Ya boleh. Saya ore Pattani. 

Lahhh. Hahahaha. Kalau tahu tadi tidaklah beriye aku speaking london, cehh.  

Okay selesai tapau. Jom check in next accom. Nama dia Phusanfah Resort, Mae Taeng, Chiang Mai. Yang ni buat kitaorang tertanya-tanya sampai sekarang. Sebabnya, hotel ni cantik gila kot! Layanan pun A+. Dia bagi kitaorang parking betul-betul depan bilik. Staff siap tunggu lagi dekat kereta untuk angkut segala barang. Di bawaknya sampai ke dalam bilik, bukakan pintu, selakkan langsir bagai. Dah macam stay hotel lima bintang hahahaha. Yang buat kitorang heran sebab hotel tu takde sesiapa. Sunyi sepi. Okay fine, ada lah nampak sebijik kereta yang kitaorang nampak sebelum kitaorang check in tu, tapi takkan kitaorang dengan dia je? Mana yang lain? Adakah benar hotel ini wujud? *insert music seram*

Whatever, dah penat. Ingat nak terjun katil terus tapi brother hotel tu ajak tour hotel pulak. Okay marilah. Masa ni kan bulan February. Still musim sejuk orang kata. So, bunga-bunga tengah mekar. Weh cantik gilossss! View balcony dari bilik kitaorang pun cantik sangat. The day yang kitaorang sampai tu just rest je. Kita makan je apa yang di tapau siang tadi. Weh, nasi ayam khomok yang beli dekat brother patani tu sedap giler wey. Korang wajib order kalau ke sana!


Sedap la abe. Nanti saya repeat datang kedai abe ya.

View from our balcony. Cantik gila!

Ni pulak view dari toilet. Doing business with view. Hahahaha

Bilik dia taknak kalah, dah macam aku tengah honeymoon.


Ni gambar curi dari tripdotcom. Hahaha. I lupa nak snap sebab banyak ambil video je. Btw, kalau nak bilik sama macam kitaorang, boleh book "Deluxe Double Mountain View"


Cantik bukan?


Pastu mata terkebil-kebil tak boleh tidur. Rasa seram pula mengenangkan kitaorang je kat hotel tu hahahaha

The next day, kitaorang jalan kaki pegi dekat Paramotor Funfly. Sebenarnya, tujuan utama stay hotel ni sebab Nyna nak naik Paramotor Funfly tu. I tak naik sebab tidak mendapat restu dari seorang ibu. Mak i dah laung siap-siap "Jangan berani berani nak naik benda tu, kalau naik jugak memang siaplah, dengarlah sikit orang tua cakap ni" Gulp. 

Makanya, Nyna sorang ajelah yang naik. Seronoknyalah. Aku hanya mampu melangut di tepi padang sambil berangan dapat naik juga. Harga nak naik paramotor funfly ni adalah sekitar 5500 baht per person. Korang convert lah sendiri. Itu harga foreigner price. Current price tak sure berapa, harapnya masih kekal sama. 

Dekat sini, kitaorang memang takde keluar pegi mana mana pun, literally habiskan masa dalam hotel. Sebab dalam kawasan hotel ni pun dah cantik. Untuk sesiapa yang suka ambil gambar, suka tempat yang ada view cantik, this place is definately for you. I siap tukar outfit dress lagi tau untuk posing dekat tempat bebunga tu hahaha. Stay one night je, then terus check out untuk next accom. Tiap hari kitaorang tukar hotel and agak penat la sebenarnya. Tapi di sebabkan kitaorang dua ni sejenis gigih, sejenis okay je untuk penat bersama sama, so takde issue lah nak tukar hotel tiap hari pun. Hahaha. That's why travel buddy is very important ya.

Bangun pagi tengok sunrise depan bilik aaaaa i miss this place so much :(

Waktu ni dalam pukul 6:45 AM

As usual la kan kita selfie hahaha


Tempat nak naik paramotor funfly tu sebelah je dengan hotel. Jalan kaki je. Ingat lagi masa nak masuk area ni kitaorang di kerumuni anjing. Dari jauh dia dah menyalak berlari ke arah kitaorang. Cuak jugak la masa tu. Nasib baik pilot tu ada hihihi


I selaku penyokong bestie haruslah bersedia dengan camera.

Coffee first sementara tunggu Nyna fly.


Tiba-tiba pilot tu panggil suruh sarung jugak uniform pekerja offshore ni hahahaha. Dia suruh posing pulak kat paramotor tu. Wakakakak :D

Kalaulah waktu tu tak di warning sama ibuku.....Hmm.


Selesai je Nyna fly, kitaorang balik ke hotel untuk bersiap. 

Sambil berjalan, sambil bergambar. Tah bila nak sampai bilik. By the way guys. Depan tu la bilik kitaorang. Yang ada balcony tu hehehe.


Bunga tengah mekar masa ni.

Breakfast, special request. Muslim meal.

Next accom dekat Mae Rim pulak. Silap percaturan sebenarnya. Mae Rim ni kawasan tinggi tau and tak banyak kedai halal. Rasanya kalau tak stay Mae Rim pun takpa sebab Mae Rim ni dah dekat dengan Chiang Mai City. Dalam half and hour je. Kitaorang stay sini sebab nak main dekat Pongyang Jungle Coaster Zipline. And masa kitaorang stay dekat Mae Rim ni, bunga semua dah kering. I rasa sebab musim dia dah habis kot sebab kawasan ni dah tak sejuk macam tempat lain. Nak keluar pegi mana mana agak renyah sikit lah sebab kena turun naik tempat yang tinggi banyak kali. Kalau ada bawak husband, maybe kitaorang okay nak stay sini hahaha.

Pastu lagi satu kesilapan adalah booking dome room. Doom room ni ada je aircord tapi aircond dia tak kuat. Bila time siang hari, mak datuk dia punya bahang tu boleh buat sakit kepala. Lepas check in terus kitaorang keluar dari bilik sebab nak cari cafe yang ber-aircond. Kitaorang ada singgah this one cafe, tapi boleh pulak dia tutup. So dah alang-alang keluar, kitaorang pegi next place. 

Gambar ni before check out dari Phusanfah Resort, mirror selfie dulu! Cute tak outfit kitaorang? Hahaha


Singgah main sini dulu before check in.

Sementara itu, sempat tapau Nasi Khao Mok dekat brother Pattani tu. Hahahah. Kita isi perut dulu before main.


Telan panadol sebab badan rasa dedar. Cuaca kejap panas kejap sejuk, kejap panas terik. 


Let's go!


Satu seat ni boleh naik dua orang, tapi kitaorang pilih nak naik asing sebab nak ambil gambar each other hahahahah. Haruslah kan.


Panas ya waktu ni, dah tak sejuk macam dekat Chiang Dao.

Waktu ni silap pakai skirt macam ni, mula la nak terkepit kepit hahaha.


Korang jangan tanya harga berapa sebab seriously dah tak ingat. Tapi boleh check dekat Klook Apps.


Ohh inilah accom yang panas bodonting tu aaaaaa menyesal stay sini. Yihhh.

Indah khabar dari rupa betul. Tapi biasalah tu. Travel ni tak semuanya yang indah indah ya. 

 
Masa ni la lari cari cafe, tapi cafe tutup tu. Tapi sempat la posing dekat cafe tutup tu hahahaha

Tengok lah. Kering kontang. Bunga kuning je tinggal tu pun dah hidup segan mati tak mahu dah.

Next place untuk lari dari bahang bilik dome tu, kitaorang pergi Huay Tueng Sheep Farm. Bestnya masa kat sini, tapi sheep kat sini a bit agreesive. Entah kenapa semua biri-biri kat sini macam pelahap gila, lagi tinggi daku angkat rumput lalang tu lagi tinggi dia mendongak kepala sambil mengangkat kaki beliau, awas ya kamu! Aku dah seram kat situ sebab dia dah tahap nak berebut. Ada satu part tu i lari keliling tempat tu sebab biri-biri tu hampir mahu menyondol, memang ku campakkan lah semua rumput-rumput tu sebab dia memang aim dekat rumput yang kita pegang. Nampak je orang pegang rumput lalang tu terus dia datang segerombolan. Siap ajak member tak tahan. Btw, nak masuk sini bayar entrance fee 50 baht. 

Masih tenang posing sorang sorang.

Sis cuba untuk bermesra tapi tidak di layan.


K fine, takpe taknak layan. Kita sambung bergambar.

Cubaan menyondol dari belakang!!


See. Nyna dah kena sondol. Lintang pukang dia lari hahahah. Mengekek i berlari sambil snap gambar ni HAHAHAHAHA


Best lah kat sini. Korang pergi la kat sini okay. Masuk dalam list kalau nak ke Chiang Mai.


Dah alang-alang sheep farm tu dekat dengan Chiang Mai City, kitaorang pun bergerak lah ke sana untuk dinner. 


My dinner date. Order macam tiada hari esok kitaorang ni. 


Ini nama kedainya. Sedap lah kat sini. Boleh repeat.

After dinner, back to our dome hotel. Waktu ni baru laa rasa sejuk sebab dah malam! Lega kitaorang. Baru lah best rasa nak tidur hehehe.

Pastu esokknya check out awal sebab flight balik Malaysia pukul 3:00 PM. Kitaorang target, pukul 1:00PM tu dah dekat airport. So, before we move to Chiang Mai City, sempat singgah orange farm. Nama tempat tu Orange Garden My Garden

Cantik jugak view dari dome hotel ni bila sunrise. 


Leaving this dome hotel at 8:30AM

Tak sabar nak balik masa ni hahahaa. Untuk pengetahuan umum, ya betul... kitaorang travel berdua je. Lahh buat pengumuman pula. Takpe sebab dah balik trip wakakaa

Orange Farm. Boleh petik buah.

Tapi tak petik pun, posing je lebih. Risau petik yang masam pulak nanti 



Cukuplah tu bergambar, mari kita pulang

Bye byeeeeeee





Check in and back to Malaysia. Until next trip guys!
















 

 

 

 


No comments:

Post a Comment